
Wednesday, January 11, 2012
BUJANG TERLAJAK
Bujang Terlajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura). Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan.
Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal). Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain.
Tuesday, January 10, 2012
Sinopsis Suatu Malam Kubur Berasap
Filem yang diterbitkan bersama oleh Ernie Chen (Penerbit Ekskutif). Lili Salhani bt Ismail (Penerbit) dan Manje (selaku Penolong Penerbit) ini menggandingkan lakonan mantap dari Angah Raja Lawak, Along Cham, Azrul Zaidi, Nurul Ain, Zami Ismail, Acappan dan Ruminah Sidek.
Sinopsis
Filem Suatu Malam Kubur Berasap ini mengisahkan mengenai 3 orang sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang kawan bandar yang baru berkenalan iaitu Mie dimana selepas kereta Mie mengalami kerosakkan dan tersangkut di kampung mereka.
Sejak kedatangan Mie, berlakuya perkara-perkara yang suspens dan menakutkan bila Hantu Cempaka muncul apabila kuburnya mula mengeluarkan asap.
Satu hari, mereka berempat setelah besama-sama berkongsi cerita berkenaan dengan Hantu Cempaka, dimana mereka diusik. Apakah yang sebenarnya berlaku? Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Apakah sebabnya mereka diusik? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah?
DISEBALIK
![]() |
Angah Raja Lawak merupakan antara pelakon yang turut membintangi filem tersebut |
Filem komedi seram Suatu Malam Kubur Berasap telah berjaya mengutip RM580,000 sejak ditayangkan di 61 pawagam tempatan bermula 22 Disember lalu.
Menurut pengarahnya, Ernie Chen, kebanyakan penonton yang telah menonton filem itu memberikan respons yang positif.
“Saya sangat teruja dan mengucapkan terima kasih kepada semua penonton yang menonton filem “Suatu Malam Kubur Berasap” serta pihak media yang membantu mempromosikan filem ini. Seperti yang saya katakan, objektif filem ini adalah untuk menghiburkan penonton dan saya mendapati kebanyakan peminat di laman Facebook Suatu Malam Kubur Berasap mengatakan filem ini menghiburkan” katanya ketika dihubungi mStar Online.
![]() |
Ain Nordia memegang watak sebagai Siti dalam filem tersebut |
Melihat kepada sambutan penonton, Ernie menyasarkan filem ini untuk mendapat setanding atau melebihi kutipan filem komedi seram Hantu Bonceng iaitu RM8.53 juta.
“Pada hari pertama filem ini ditayangkan, saya mendapati kebanyakan pawagam yang menayangkan filem ini penuh. Bagaimanapun, saya memerlukan sokongan daripada penonton untuk mencapai sasaran kutipan melebihi RM8 juta” katanya lagi.
Filem ini dilakonkan oleh Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak, Ruminah Sidek, Zach Diamond, Azrul Raja Lawak dan pelakon baru, Ain Nordin.
p/S: rujukan daripada Cik Penguin.
Monday, January 9, 2012
Sinopsis Cinta Kura-Kura
Filem ni mengisahkan Nani seorang gadis ceria (lakonan Tizz), dia berusia 21 tahun, Nani ada seekor binatang peliharaan bernama Nico seeokr kura kura yang species nya terancam. Nico ni pulak ada kelebihan buleh bercakap dgn manusia..heheh!! pulak dah.. Nani ni baru pindah le umah abang dia dan berjiran le pulak dengan Adam (lakonan Aeril Zafril) .
Adam ni jatuh cinta le dengan Nani sejak kali pertama memandang..kes cinta pandang pertama le ni..malangnya Nico kura kura kesayangan Nani tak suka di Adam. Nico merancang mensabotaj hubungan Nani dan Adam dari menjadi rapat. Zizan raja lawak la jadi suara si Nico.
Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik.
Filem ni ada teknologi CGI dan animasi watak Nico yang jadi kura2 tu. Nico watak yang lucu dan melontarkan dialog yang bakal menggeletek hati penonton.
Usop wilca dalam filem ni bagaimana le pulak watak dia ye, adakah Shy8 nak kena bawak watak lembut laki ke atau sama macam dalam filem Hantu kak limah? Shy8 jadi suara latar yang menceritakan kisah ni kpd penonton. Suara tetap mcm Usop Wilca dan dia jugak ada jadi watak kura kura (mungkin kura2 senior).
Nampaknya ada Zizan dan Farah Fauzana (kura kura betina), kedua dua memang aku minat..memang lawak dan kecoh rasanya depa dua ni nanti
Ni Trailer citeer tersebut
Subscribe to:
Posts (Atom)